Saturday 4 May 2013

Kata IBU......(NURKILAN IBU)

06 December 2012

Hasil Dituai Setelah Benih Disemai...Tahniah Anakku

Assalammualaikum....

21 tahun 10 bulan 14 hari yang lalu.., ibu lahirkan dengan kudrat & nyawa, dengan darah & airmata dalam usia muda..Dalam usia yang tidak tahu apa2 dalam soal berumahtangga apatah lagi dalam memelihata seorang bayi. Namun itulah takdir Allah, jika Allah berkehendakkan apa yang Allah mahukan, itulah yang terjadi.
Saat2 melahirkan Dia kedunia adalah saat2 indah yang ibu rasakan ketika itu walaupun sakitnya hanya Allah saja yang tahu.
Nikmat anugerah Allah yang tidak terhingga, sebaik saja melihat wajah comel Dia,segala kesakitan yang ibu rasai hilang serta merta. Airmata gembira ibu alirkan, dalam sebak, dalam keletihan Dia ibu dakap kepangkuan.
Dari seorang bayi kecil hinggalah alam kanak2, remaja & dewasa kini, ibu akui kadangkala sebagai ibu yang mengandung & melahirkannya masih belum dapat benar2 menyelami kemahuan & kehendaknya. itulah kekurangan yang amat ibu rasai bersama Dia.
Sebagai ibu, kadangkala ada perasaan kecil hati pada Dia tapi cuba untuk tidak menyimpan rasa hati pada anak2. Ibu takut dengan rasa kecil hati itu hidup anak2 ibu terbelenggu. Apapun yang anak2 lakukan ibu berusaha untuk memahami apa adanya.
Tiada siapa yang berhak menafikan kasih sayang ibu pada Dia! jika diganti dengan sejuta lagi anak lain yang lahir dari rahim ibu takkan sama dengan Dia. Dia tetap Dia...!
Mungkin hanya sedikit jasa2 ibu dalam menentukan kejayaan Dia, namun ibu tak mahu melepaskan peluang yang penuh bermakna ini. Ibu mahu menyaksikan Dia melangkah bergaya dalam pakaian jubah itu menaiki pentas untuk menerima segulung diploma. Insyaallah...moga kejayaan untuk memegang segulung ijazah akan menyusul kemudian nanti...
Dia yang ibu maksudkan adalah Anakku Nur Syazana Binti Mohd Yusoff, tiada apa yang dapat Ibu hadiahkan buatmu. Hanya doa yang berpanjangan agar kejayaan terus menjadi milikmu walau apapun statusmu nanti. Teruslah menjadi anak yang baik yang menjadi kebanggaan keluarga. Jadilah kakak yang penyayang buat adik2mu. Jadilah isteri yang solehah buat suamimu nanti. Jadillah ibu yang paling sempurna buat anak2mu nanti. Jadilah menantu yang paling disayangi mertuamu...Jadilah insan yang diredhai Allah dunia dan akhirat...
Dengan rahmat dan kasih sayang dari Allah..Ibu dan Ayah sayang Kak Long dunia akhirat...




No comments:

Post a Comment